Sesi Lawatan dari Pejabat Setiausaha Politik YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli ke PPTG WPKL
Dimaklumkan bahawa satu sesi lawatan dari Pejabat Setiausaha Politik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli ke PPTG WP (KL) diadakan pada hari ini 15 Ogos 2018 (Rabu) bermula jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) Aras 1, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur.
Taklimat ini akan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan dari Bahagian Pengusan ICT, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan mewakili PPTG WP adalah En. Ahmad Fuad bin Mustaffa, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan.
Taklimat ini adalah mengenai Pelaksanaan Sistem e-Tanah yang sedang digunakan oleh PPTG WP Kuala Lumpur sejak 2017.